GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor berhubung notis kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram susulan penyandangnya meninggal dunia.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat khas untuk menentukan writ-writ penting pilihan raya, akan ditentukan suruhanjaya itu sebaik menerima notis kekosongan daripada kedua-dua speaker.

"Kami tunggu pemakluman rasmi kekosongan Parlimen dari Speaker Dewan Rakyat dan DUN Johor dari Speaker Johor," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) kedua-dua kawasan itu perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, semalam.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Berita Berkaitan

PM imamkan solat jenazah Salahuddin

Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot

Jenazah Salahuddin selesai disolatkan, diterbangkan ke Johor

Suasana pilu di kediaman ibu Salahuddin

'Salahuddin pemimpin yang senang didekati'

Kediaman Ibu Salahuddin mula dikunjungi ahli keluarga, sahabat handai

Salahuddin individu penting penubuhan Amanah yang bermula di Johor - Aminolhuda

Belasungkawa: Salahuddin pelopor Menu Rahmah, disegani rakan, lawan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2023 @ 11:53 AM