GHAZALEY.
GHAZALEY.
Togi Marzuki

Pontian: "Abang kata lepas hari raya Haji, dia nak berehat panjang," kata Ghazaley Ayub, 56, yang juga adik lelaki Datuk Seri Salahudin Ayub, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, di sini, hari ini.

Ghazaley berkata, abang sulungnya berkata demikian ketika menyambut hari raya Aidiladha pertama di kediamannya di Kampung Serkat, di sini.

"Tak sangka kata-katanya menjadi kenyataan apabila pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Menurutnya, sikap ramah dimiliki abangnya menyebabkan arwah sentiasa disanjungi keluarga dan rakan sekampung.

"Kami reda dengan pemergiannya dan semoga arwah tempat dalam kalangan orang yang beriman," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2023 @ 4:40 PM