Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Lebih 500 penyokong Perikatan Nasional (PN) berkumpul di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) untuk menyambut ketibaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini.

Kebanyakan penyokong berhimpun seawal 3 petang lagi bersama isteri Menteri Besar, Tok Puan Jusmalailani Jusoh.

Turut kelihatan, barisan kepimpinan PAS negeri termasuk Exco Kesihatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.

Muhammad Sanusi dijangka tiba pada 4.35 petang dengan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Muhammad Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pagi tadi, atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2023 @ 4:37 PM