Suraya Roslan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Mahkamah Seksyen Selayang menjadi tumpuan bagi mengikuti perkembangan pertuduhan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut di Mahkamah Sesyen Selayang berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik,

minggu lalu.


Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.


Beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) tiba di perkarangan Mahkamah Seksyen Selayang bagi memberi sokongan kepada Muhammad Sanusi.

Orang ramai turut hadir mengikuti perkembanga di perkarangan Mahkamah Selayang. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Orang ramai turut hadir mengikuti perkembanga di perkarangan Mahkamah Selayang. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim

Pas menyarankan semua pihak terutama ahli dan penyokong parti itu agar bertenang serta menghormati proses perundangan

8.55 pagi: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Mahkamah Selayang

8 pagi: Orang ramai dan pengamal media mula berkumpul di pekarangan mahkamah yang dikawal ketat dengan kehadiran 100 anggota polis pelbagai unit.

ANGGOTA polis melakukan kawalan di pekarangan mahkamahFOTO Aswadi Alias
ANGGOTA polis melakukan kawalan di pekarangan mahkamahFOTO Aswadi Alias

2:30 pagi 18 Jul 2023: Sanusi ditahan polis di Mon't Kiara, Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah mengikut Akta Hasutan.

17 Julai 2023: Semakan sistem dalam talian mahkamah terdapat nama Muhammad Sanusi Md Nor yang akan didakwa di dua mahkamah sesyen berbeza

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2023 @ 9:08 AM