GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai perkhidmatan sebuah agensi kerana disyaki menerima wang habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat sebagai upah meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana) bernilai kira-kira RM1.3 juta.

Sumber berkata, suspek berkenaan iaitu lelaki berusia dalam lingkungan lewat 20-an dipercayai ditahan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira jam 4 petang, ketika diminta hadir memberikan keterangan.

Sumber berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu di antara tahun 2021 hingga 2022 menerusi seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah kepada pemilik syarikat berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2023 @ 12:28 AM