FAHMI Fadzil ketika menyampaikan ucapan pada Program Menyantuni Mangsa Banjir di Dewanraya Kampung Sungai Tiram, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
FAHMI Fadzil ketika menyampaikan ucapan pada Program Menyantuni Mangsa Banjir di Dewanraya Kampung Sungai Tiram, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Mary Victoria Dass


Ulu Tiram: Kementerian Komunikasi dan Digital menyerah siasatan kepada polis berhubung kumpulan Radja yang mendakwa dihambur kata-kata kesat serta diugut bunuh.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, negara mengamalkan keterbukaan kepada semua perniagaan termasuk dalam bidang kesenian.

"Polis akan melakukan siasatan dan difahamkan ada tangkapan beberapa individu dan daripada aspek siasatan kita serah kepada polis," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kumpulan muzik Indonesia, Radja, yang mendakwa dihambur kata-kata kesat serta diugut bunuh, dalam kejadian malam semalam.

Mereka ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2023 @ 3:28 PM