GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ilah Hafiz Aziz dan Suraya Ali

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun milik parti BERSATU, baru-baru ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na'aman mengesahkan pembekuan akaun berkenaan.

"Saya boleh sahkan perkara itu, namun maklumat terperinci tidak dapat saya kongsi buat masa sekarang. Ahli MPT dimaklumkan perkara ini beberapa hari lalu," katanya kepada BH, hari ini.

Dr Muhammad Faiz berkata, beliau percaya pembekuan akaun BERSATU itu ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, setakat ini semua pemimpin PN dalam pemukiman di Terengganu dan tidak ada sebarang maklumat atau panggilan mesyuarat untuk membincangkan perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2023 @ 4:04 PM