RAZALI (tengah) sedang mempengerusikan mesyuarat khas BERSATU hari ini. FOTO Baharom Bakar
RAZALI (tengah) sedang mempengerusikan mesyuarat khas BERSATU hari ini. FOTO Baharom Bakar
Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Pembekuan akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya membabitkan akaun di peringkat pusat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, akaun bank milik parti di peringkat negeri masih aktif, walaupun pembekuan di peringkat pusat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Setakat ini, kita dimaklumkan ketua badan pimpinan Bersatu di seluruh negara, akaun bank milik parti di peringkat negeri masih aktif dan tidak terbabit dengan pembekuan.

"Kita juga sudah melakukan semakan, akuan milik Bersatu negeri juga masih aktif," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakan pembekuan akuan bank di peringkat pusat oleh SPRM.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan pihaknya sudah mengambil tindakan untuk membekukan akaun Bersatu.

Azam dilaporkan berkata, ia bertujuan membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut mengesahkan akaun parti itu dibekukan oleh SPRM.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 10:47 AM