Melvin Joni

Kuching: Polis sedang mengesan dua lelaki yang melakukan samun bersenjata di sebuah kedai makan di Jalan Stutong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian, jam 4.55 pagi.

"Pengusaha kedai makan itu kerugian RM2,000 selepas disamun kedua-dua suspek yang bersenjatakan parang.

"Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sudah digerakkan bagi mengesan suspek," katanya pada kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular rakaman video kedua-dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun itu menaiki sebuah Perodua Kelisa putih.

RAKAMAN video kedua-dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun itu menaiki sebuah Perodua Kelisa putih.
RAKAMAN video kedua-dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun itu menaiki sebuah Perodua Kelisa putih.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2023 @ 3:32 PM