GONZALEZ (tengah) dilantik sebagai Pengarah Teknikal NFDP berkuatkuasa 21 April lalu. FOTO NFDP
GONZALEZ (tengah) dilantik sebagai Pengarah Teknikal NFDP berkuatkuasa 21 April lalu. FOTO NFDP
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai Pengarah Teknikal NFDP berkuat kuasa 21 April lalu.

Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kenyataan menjelaskan, pemilihan Gonzalez yang turut diberikan tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

"Gonzalez yang memegang jawatan selaku Ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bolasepak Australia dipilih hasil cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah menemuduga empat calon yang disenarai pendek oleh badan induk itu pada 13 Disember 2023.

"Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengetuai panel penemuduga berkenaan yang turut dianggotai Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram; Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman; Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell dan Ketua Unit Sumber FAM, Zukhailah Marzuki," menurut kenyataan MSN.

Mengikut rekod, Gonzalez yang memegang Diploma Kejurulatihan Profesional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memiliki pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di New South Wales.

Beliau turut berkhidmat di beberapa kelab terkemuka seperti Nantong Zhiyun FC di China, Football New South Wales, Westfield Sports dan A League Central Coast Mariners di Australia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2024 @ 7:38 PM