HAMZAH. GAMBAR Fail/FOTO AIZUDDIN SAAD
HAMZAH. GAMBAR Fail/FOTO AIZUDDIN SAAD
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 akan diadakan pada 3 hingga 5 Mac depan.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata perkara itu ditetapkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan semalam dan selaras dengan Fasal 12.2 Perlembagaan parti berkenaan.

Beliau juga memaklumkan Persidangan Cawangan 2023 akan diadakan pada 1 Julai hingga 31 Ogos, Persidangan Sayap-Sayap Bahagian pada 7 Oktober, Persidangan Bahagian pada 21 Oktober dan Perhimpunan Agung Tahunan 2023 dari 23 hingga 25 November.

"Sehubungan itu, pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Cawangan, Bahagian dan Ahli MPT bagi penggal yang baharu akan diadakan pada tarikh-tarikh seperti di atas selaras dengan perlembagaan parti," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Hamzah berkata MPT juga sudah membincangkan laporan pascanilai keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 dan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2023 @ 9:41 PM