ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta jenis BMW berhampiran Terowong Menora, hari ini. FOTO Ihsan JBPM.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta jenis BMW berhampiran Terowong Menora, hari ini. FOTO Ihsan JBPM.
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Kebakaran kereta di Kilometer (KM) 259 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan dekat Terowong Menora, menyebabkan kesesakan sejauh 17km hari ini.

Setakat 5.22 petang tadi, Plus menerusi Twitter memaklumkan lorong kiri di kawasan kejadian masih ditutup dan meminta pengguna lebuh raya agar berhati-hati.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kebakaran itu membabitkan kereta jenis BMW yang musnah 90 peratus.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dibantu oleh BBP Meru Raya ke lokasi bagi tujuan pemadaman, sebaik menerima panggilan pada 4.09 petang," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilapor dan operasi pemadaman selepas pada 5.04 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2022 @ 8:50 PM