ANWAR Ibrahim pada sidang media di PPS SMK Tengku Panglima Raja, di sini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
ANWAR Ibrahim pada sidang media di PPS SMK Tengku Panglima Raja, di sini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Nor Fazlina Abdul Rahim


Pasir Mas: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu lawatannya ke Kelantan hari ini sebagai Perdana Menteri bukti beliau bersedia untuk bekerjasama dengan semua.

Perdana Menteri berkata, Kelantan menjadi negeri pertama yang dikunjunginya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Lawatan ke Kelantan bukti kesediaan saya untuk bekerjasama dengan semua. Saya sudah beritahu sebelum ini, tugas saya sebagai Perdana Menteri adalah berusaha mentadbir dan mengurus negara dengan sebaik mungkin.

"Soal pilihan raya rakyat yang memilih. Tanggungjawan saya selepas diberi amanah adalah mengurus dengan baik tanpa mengira negeri mana.

"Tumpuan saya soal banjir adalah di Kelantan memandangkan negeri ini banjir. Kalau bercakap soal pelabuhan mungkin sesuai di Johor, kita ikut keutamaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tengku Panglima Raja, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zainin Husin.

Mengulas lanjut, Anwar turut bersedia menerima kunjungan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan isu pembangunan negeri itu.

"Saya beri jaminan bukan sahaja hari ini, tetapi pada masa depan sekiranya ada keperluan saya sedia menerima beliau sama ada di pejabat untuk berbincang hala tuju untuk kepentingan rakyat dan pembangunan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2022 @ 8:02 PM