Muhaamad Hafis Nawawi

Subang Jaya: Laungan Abah dan Perikatan Nasional (PN) bergema di Grand Ballroom, Glenmarie Golf & Country Resort, Subang yang menjadi pusat memantau jumlah undi selepas Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan secara rasmi mempertahankan kerusi Pagoh.

Setakat jam 11.32 malam ini, bilik yang menempatkan calon PN yang bertanding sudah mula dipenuhi dan suasana mula meriah apabila calon PN diumumkan sebagai pemenang.

Malah laungkan takbir turut bergema namun setakat ini Muhyiddin masih belum kelihatan.

Muhyiddin menang di kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 10,007 undi.

Beliau menewaskan Iskandar Shah dari Pakatan Harapan dan bekas ahli Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim.

Muhyiddin Yassin ketika hadir untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar bagi Parlimen Muar. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Muhyiddin Yassin ketika hadir untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar bagi Parlimen Muar. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2022 @ 11:53 PM