Anggota JBPM menyelamat mangsa banjir di Kampung Bukit Sebelah Weng selepas penempatan mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Baling. FOTO IHSAN BOMBA
Anggota JBPM menyelamat mangsa banjir di Kampung Bukit Sebelah Weng selepas penempatan mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Baling. FOTO IHSAN BOMBA
Safuri Kamarudin


Baling: Seramai 108 mangsa daripada 48 keluarga di Mukim Siong berpindah ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS), malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, tiga PPS yang di buka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK),Tanjung Pari, SK Seri Bayu dan SK Siong.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan air Sungai Ketil melimpah ke penempatan penduduk.

Katanya, antara kampung terbabit Kampung Siput, Baru, Tanjung Pari, Seri Ketengga, Memali, Bukit Sebelah, Cenerai dan Kampung Lalang.

"Mangsa dipindahkan sejak 10 malam sehingga jam 1 pagi ini.

"Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Oktober 2022 @ 8:43 AM