LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Omar Ahmad


Johor Bahru : Tempoh tahanan reman ke atas jurujual kenderaan dan pembantu rumah yang disyaki terbabit dalam kejadian mendera seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sembilan bulan hingga mati pada 2 Oktober lalu, disambung enam hari.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tempoh lanjutan reman bermula esok hingga 16 Oktober depan.

Katanya, ia bagi membantu polis menjalankan dan melengkapkan siasatan dengan lebih terperinci.

"Polis mengesahkan permohonan reman kepada suspek disambung selama enam hari bermula esok hingga 16 Oktober depan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataannya, hari ini.

Pada 2 Oktober lalu, kanak-kanak lelaki terbabit maut dipercayai didera ketika di bawah jagaan kenalan bapanya serta pembantu rumah lelaki itu.

Berita berkaitan

Jurujual, amah direman seminggu susulan budak 3 tahun mati didera [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2022 @ 9:33 PM