POSTER ABDULLAH Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. FOTO arkib NSTP
POSTER ABDULLAH Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia 2022.

Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik melalui Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

"Selamat menyambut Hari Malaysia 2022 16 September 2022.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan musibah, diberkati dan dikurniakan kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan," menurut catatan di poster berkenaan.

Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia.

Tahun ini, sambutan peringkat kebangsaaan akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka, malam ini.

Ia juga sambutan peringkat kebangsaan julung kali diadakan di Semenanjung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2022 @ 10:28 AM