JOE Ee (tengah) bergambar bersama pemenang pingat perak dari Scotland, Christie Louise (kiri) dan Pingat gangsa dari Kanada, Carmel Kallema pada penyampaian pingat acara 'Ribbon' gimnastik berirama. FOTO Bernama

BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet gimrama negara Ng Joe Ee, atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Joe Ee yang membuat penampilan sulung di temasya itu, menyumbang emas menerusi disiplin bola dan riben, selepas merekodkan masing-masing 29.700 dan 27.800 mata dalam aksi akhir di Arena Birmingham itu, semalam.

Dua emas itu sekali gus membantu kontinjen negara mencapai sasaran enam pingat emas di Sukan Komanwel 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2022 @ 2:58 PM