Kempen ini menawarkan hadiah dalam bentuk unit Amanah ASB, yang mana sebanyak 930 pemenang akan dipilih setiap bulan dan 106 pemenang bagi hadiah utama. - FOTO ASNB
Kempen ini menawarkan hadiah dalam bentuk unit Amanah ASB, yang mana sebanyak 930 pemenang akan dipilih setiap bulan dan 106 pemenang bagi hadiah utama. - FOTO ASNB
Nur Amirah Abd Rani

TANGGUNGJAWAB dalam menguruskan kewangan amat penting bagi setiap individu supaya boleh dijadikan persediaan tabungan kecemasan untuk keperluan masa hadapan.

Meskipun menyimpan dan melabur merupakan konsep yang saling berkait antara satu sama lain, kadar pulangan melalui simpanan biasa adalah rendah berbanding pelaburan yang dapat menawarkan pulangan yang kompetitif.

Sebab itulah ramai yang memilih untuk melabur bagi membina tabungan, namun bukan semua jenis pelaburan sesuai bagi tujuan kecemasan dan simpanan. 

Bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan, perlu ambil kira faktor seperti risiko, kecairan serta pulangan agar pelaburan yang dibuat tidak berisiko untuk kerugian atau kehilangan modal.

Antara pelaburan yang sesuai untuk pelabur muda dan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB). 

ASB sudah berada di pasaran lebih 30 tahun dan memiliki ciri unik iaitu berharga tetap pada RM1 seunit.

Ini menjadikan pelaburan ASB sesuai dijadikan sebagai tabungan kecemasan kerana modal pelaburannya kekal, berisiko rendah dan mudah untuk dicairkan atau dikeluarkan pada masa-masa yang memerlukan.

Melabur dalam ASB kini juga lebih cepat dengan aplikasi atau portal myASNB. Selain memudahkan pengguna untuk melabur dan memantau portfolio secara dalam talian, terdapat juga kemudahan lain seperti Auto Labur, Target Labur, wakaf, kalkulator zakat, pengeluaran dalam talian dan lain-lain.

Bertujuan memberi galakan kepada pelabur untuk membina tabungan kukuh melalui pelaburan ASB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini kembali mengadakan kempen Kumpul & Menang.

Kelayakan penyertaan

Kempen ini terbuka kepada pemegang unit ASB sedia ada dan pemegang unit baharu yang membuka akaun ASB semasa tempoh kempen berlangsung bermula 1 Mac lalu sehingga 31 Disember ini.

Untuk menyertai kempen ini, individu hanya perlu membuat pelaburan ASB tunai minimum RM10 melalui mana-mana platform pelaburan.

Penyertaan adalah secara automatik dan pelabur layak menerima satu mata penyertaan bagi setiap RM1 yang dilaburkan.

Gandaan tiga mata penyertaan diberikan untuk pelaburan menerusi platform digital seperti myASNB atau perbankan Internet ejen bersamaan RM1 untuk tiga mata. 

Hadiah Kumpul & Menang

Kempen ini menawarkan hadiah dalam bentuk unit Amanah ASB, yang mana sebanyak 930 pemenang akan dipilih setiap bulan dan 106 pemenang bagi hadiah utama.

Istimewa buat pelabur muda, terdapat hadiah kategori Pelabur Milenial khusus buat peserta berusia antara 18 sehingga 30 tahun yang melabur menerusi platform digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, layari laman web Kumpul & Menang. Daftar akaun ASB anda sekarang di aplikasi myASNB.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2022 @ 5:23 PM