TRAFIK perlahan arah Utara dari Slim River ke Sungkai. FOTO Ihsan PLUS.
TRAFIK perlahan arah Utara dari Slim River ke Sungkai. FOTO Ihsan PLUS.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Beberapa lebuh raya keluar dari ibu kota dilaporkan mengalami pertambahan kenderaan dan mengakibatkan laluan sesak serta perlahan.

Aliran trafik menghala ke Pantai Timur masih sesak dan perlahan terutama di Plaza Tol Gombak.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata, sehingga jam 9.30 malam trafik dilaporkan sesak di kilometer 40.8 di Bukit Tinggi.

"Setakat ini, dianggarkan 133,154 kenderaan sudah melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.

"Sementara, bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 ialah dalam anggaran 60,335," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) juga berlaku pertambahan di beberapa kawasan.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, setakat jam 9 malam, aliran trafik bergerak perlahan wilayah utara iaitu di Kuala Kangsar ke Changkat Jering (kawasan Menora).

"Bagi arah ke selatan melepasi kawasan Seremban terdapat peningkatan trafik namun keadaan dilaporkan masih terkawal.

"Kita menjangkakan trafik akan mencecah 1.9 juta kenderaan pada hari puncak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 12:01 AM