KANAK-KANAK yang terperangkap dalam mesin basuh diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan Bomba
KANAK-KANAK yang terperangkap dalam mesin basuh diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan Bomba
Rosli Ilham


Dungun: Kanak-kanak lelaki diselamatkan selepas terperangkap di dalam bahagian pengering mesin basuh di rumahnya di Kuala Paka, malam tadi.

Mangsa, 4, dikeluarkan oleh anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka, 9.30 malam tadi.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, sebelum kejadian, kanak-kanak terbabit dikatakan cuba mengambil lampu suluh miliknya yang terjatuh ke dalam mesin basuh terbabit.

"Mangsa masuk ke dalam mesin basuh terbabit sebelum tersangkut pada bahagian pengering mesin basuh separa automatik itu.

"Mangsa yang tersangkut dari bahagian kaki hingga pinggang menyebabkan pihak kami terpaksa memotong dram mesin basuh terbabit menggunakan peralatan khas," katanya.

Katanya, kanak-kanak itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan setengah jam selepas itu.

"Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu kemudianya diserahkan kepada ahli keluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2022 @ 12:00 PM