ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan kanak-kanak lelaki yang tersangkut di dalam pengering mesin basuh. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan kanak-kanak lelaki yang tersangkut di dalam pengering mesin basuh. FOTO Ihsan Bomba.
Ruwaida Md Zain


Klang: Pasukan bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan kanak-kanak lelaki yang tersangkut di dalam bahagian pengering mesin basuh di Taman Hassan, Sungai Udang di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar menerima panggilan daripada keluarga mangsa pada 1.52 petang dan bergegas ke lokasi sejauh 23 kilometer (km).

"Sebaik tiba, anggota mendapati seorang kanak-kanak istimewa (hiperaktif) berumur enam tahun tersangkut di dalam tempat pengering mesin basuh sehingga paras bawah ketiak.

"Anggota kemudian membawanya keluar yang mengambil masa 15 minit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa diperiksa terlebih dahulu terutama di kaki bagi memastikan tiada kecederaan.

Katanya, dia kemudian diserahkan kepada bapanya dan operasi khidmat khas ditamatkan sejurus itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Februari 2022 @ 5:58 PM