ANGGOTA bomba mengeluarkan kepala kanak-kanak lelaki yang tersangkut di bahagian atas pagar jeriji pintu rumahnya di Taman Puncak Jalil, Serdang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan kepala kanak-kanak lelaki yang tersangkut di bahagian atas pagar jeriji pintu rumahnya di Taman Puncak Jalil, Serdang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Serdang: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit beberapa minit selepas kepalanya tersangkut di pintu jeriji rumahnya di Taman Puncak Jalil di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 tengah hari tadi.

"Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati kepala seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tersangkut pada bahagian atas pintu jeriji pintu rumahnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota bertugas menggunakan peralatan khas bagi memotong jeriji berkenaan sebelum mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 3:53 PM