NIK Ikrami (tiga dari kiri) bersama Muhammad Afiq (tiga dari kanan) dan wakil kedua pihak bergambar selepas MoU. FOTO ihsan Al Khairi Qurban
NIK Ikrami (tiga dari kiri) bersama Muhammad Afiq (tiga dari kanan) dan wakil kedua pihak bergambar selepas MoU. FOTO ihsan Al Khairi Qurban

Kulim: Al Khairi Qurban memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pengusaha al-Quran, Manar Holding bagi menjalinkan kerjasama strategik pelaksanaan ibadah korban bagi tahun ini.

Wakil Al Khairi Qurban, Nik Ikrami Omar berkata, pihaknya berharap kerjasama dengan Manar Holding mampu membuka ruang lebih luas kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban.

"Hanya dua peratus populasi umat Islam di Malaysia yang mempunyai kesedaran untuk melaksanakan ibadah korban.

"Disebabkan itu, Al Khairi Qurban tekad untuk meningkatkan kesedaran pentingnya ibadah ini kepada rakyat Malaysia," katanya.

MoU itu ditandatangani Nik Ikrami manakala Manar Holding diwakili Muhammad Afiq Abdul Rahim.

Sementara itu, Muhammad Afiq berkata, misi kebaikan seperti itu wajar dirai untuk menyemai semangat melaksanakan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

"Usaha sama yang dimeterai ini tentunya untuk mencapai matlamat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama golongan asnaf dan fakir miskin melalui pemberian daging korban.

"Menerusi program korban pada 2021, lebih daripada 300,000 asnaf dalam dan luar negara yang mendapat manfaat.

"Pada tahun ini, kami mensasarkan peningkatan seramai dua juta asnaf sebagai penerima manfaat agihan daging korban," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 10:57 AM