BERNAMA

Kota Bharu: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan tiga ekor lembu untuk ibadah korban Majlis Ibadat Qurban Jama'ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), di sini hari ini.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata tiga ekor lembu itu, termasuk 51 ekor lembu disembelih untuk diagihkan kepada 2,500 orang asnaf di jajahan Kota Bharu.

"Daging korban berkenaan akan diagihkan menerusi masjid di seluruh jajahan Kota Bharu bermula petang ini.

"Setiap penerima akan mendapat dua kilogram (kg) daging serta tulang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ibadat Qurban Jama'ie MAIK yang diadakan di Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

TENGKU Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (dua, kanan) berkenan menyempurnakan Majlis Ibadah Korban Jama'ie di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji . FOTO BERNAMA
TENGKU Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (dua, kanan) berkenan menyempurnakan Majlis Ibadah Korban Jama'ie di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji . FOTO BERNAMA

Pada majlis tersebut, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, turut berkenan menyaksikan penyembelihan tiga ekor lembu korban.

Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 40 minit bersama-sama hampir 500 penduduk pada majlis ibadah korban itu sebelum berangkat pulang.

Program Ibadat Qurban Jama'ie adalah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak MAIK bagi meraikan asnaf dengan mengagihkan daging korban kepada golongan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2023 @ 1:56 PM