Tangkap layar seekor gajah sesat didapati berkeliaran di kawasan tepi jalan laluan Kuala Krai-Gua Musang berhampiran Kampung Paloh, malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Tangkap layar seekor gajah sesat didapati berkeliaran di kawasan tepi jalan laluan Kuala Krai-Gua Musang berhampiran Kampung Paloh, malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Hazira Ahmad Zaidi


Kuala Krai: Seekor gajah liar yang dipercayai tersesat dikesan berkeliaran di jalan Kuala Krai-Gua Musang berhampiran Kampung Paloh, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya percaya kejadian berlaku disebabkan haiwan liar itu sudah ketiadaan kawasan rayau dan kekurangan makanan.

Katanya, pihaknya menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah membuat pemantauan bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini sehingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

"Sejak akhir-akhir ini, pihak kami kerap menerima aduan daripada penduduk yang sering kali terserempak dengan gajah liar yang berkeliaran di jalan Kuala Krai-Gua Musang.

"Justeru, orang awam dinasihatkan pihak berwajib jika mempunyai sebarang makluman mengenai kejadian gajah liar untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sejak malam tadi berhubung video berdurasi 19 saat menunjukkan seekor liar gajah yang sedang melintas jalan di laluan Kuala Krai-Gua Musang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2022 @ 2:02 PM