FOTO HIASAN LRT.
FOTO HIASAN LRT.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan kebakaran eskalator di Stesen LRT Ampang Park bukan di bawah seliaan syarikat itu.

Katanya, laporan yang kurang tepat ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna LRT yang kemudian menghubungi Rapid Rail sejak pagi tadi bagi mendapatkan penjelasan.

"Eskalator itu adalah sebahagian daripada jejantas pejalan kaki yang digunakan orang awam untuk menyeberangi Jalan Ampang.

"Ia bukan milik atau di bawah selenggaraan Rapid Rail," katanya dalam kenyataan.

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta pihak kontraktor sedang mengenal pasti punca kebakaran.

Rapid Rail memberi jaminan bahawa ia akan mempertingkatkan langkah keselamatan di Stesen LRT Ampang Park bagi menjamin keselesaan para pengguna.

"Syarikat juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa untuk mencari kaedah alternatif supaya para pengguna dapat mengakses stesen LRT dengan mudah dan selamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2022 @ 8:48 PM