GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling akan dilanjutkan sempena perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada 12.03 tengah malam manakala ke Putra Heights pada 12.44 tengah malam.

Menurut Rapid Rail, tren tambahan akan disediakan kepada penumpang selepas tamat perlawanan.

"Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek dan ke Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2022 @ 12:45 PM