Junita Mat Rasid dan Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Hanya calon UMNO dan MIC yang diumumkan pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) hari ini.

Senarai 15 calon MCA tidak diumumkan.

Pada majlis itu, Pengerusi BN Johor Datuk Seri Hasni Mohammad, mengumumkan senarai 37 calon Umno dan empat calon MIC yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketika membuat pengumuman itu, Hasni berkata, MCA masih perlu memuktamadkan calonnya.

"Senarai ini tidak lengkap kerana rakan komponen MCA perlu memuktamadkan lagi calon mereka untuk memastikan hasrat, matlamat kita, PRN ini yang terbaik seperti kata Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

"MCA nak calon terbaik bertanding dan mereka akan teliti calon mereka yang mereka fikirkan layak," katanya.

AHMAD Zahid (kiri) menyerahkan watikah perlantikan kepada Hasni pada pengumuman 56 calon BN Johor bagi PRN Johor di Dewan Badan Perhubungan UMNO Johor, Johor Bahru. FOTO Nur Aisyah Mazalan
AHMAD Zahid (kiri) menyerahkan watikah perlantikan kepada Hasni pada pengumuman 56 calon BN Johor bagi PRN Johor di Dewan Badan Perhubungan UMNO Johor, Johor Bahru. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Februari 2022 @ 1:14 PM