Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada pertemuan tertutup antara pucuk pimpinan Umno bersama pimpinan Umno Johor.

Ismail Sabri yang menaiki kenderaan rasmi dilihat memasuki perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Johor, kira-kira jam 8.43 malam tadi.

Turut dilihat hadir adalah Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pagi tadi, NSTP melaporkan Ahmad Zahid dan Mohamad dijangka akan berada di negeri ini, malam ini dan esok.

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad kira-kira jam 8.43 malam. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad kira-kira jam 8.43 malam. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Sumber Umno dilaporkan berkata, ia bagi memperincikan butiran persiapan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Kunjungan kedua pemimpin tertinggi parti itu akan dimulakan dengan pertemuan tertutup bersama Hasni.

Pada sebelah pagi esok pula, Presiden dan Timbalan Presiden akan menyertai Mesyuarat Umno Johor bersama komponen Barisan Nasional (BN) di Bangunan Umno, di Jalan Yahya Awal, bagi memperincikan butiran lanjut mengenai PRN Johor.

Difahamkan mesyuarat pagi esok bersama komponen BN Johor itu bagi membincangkan soal pengagihan kerusi akan ditandingi parti komponen berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 9:34 PM