Bryan Loo menyampaikan sumbangan kepada Burnard. FOTO ihsan pembaca
Bryan Loo menyampaikan sumbangan kepada Burnard. FOTO ihsan pembaca
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Loob Holding menyumbang RM50,000 kepada Pusat Hemodialisis Yayasan St John Ambulans (SJAM).

Bantuan berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bryan Loo kepada Ketua Pegawai Operasi SJAM Kawasan Pantai Selangor (KPS), Datuk Burnard Yeo Kim Thong.

Majlis penyerahan sumbangan itu turut disaksikan Pegawai Tadbir SJAM Thlaga S (FarL) dan Pegawai Ambulans SJAM, Hafizul Khan Hamza Khan.

Sumbangan berkenaan bertujuan membantu yayasan berkenaan berikutan bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 January 2022 @ 7:39 PM