Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran yang melibatkan 3 blok rumah pekerja di Jalan Bawang Asan Bukit Lan malam tadi. FOTO ERIKA GEORGE
Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran yang melibatkan 3 blok rumah pekerja di Jalan Bawang Asan Bukit Lan malam tadi. FOTO ERIKA GEORGE
Erika George


Sibu: Tujuh keluarga hilang tempat berteduh selepas tiga blok rumah pekerja yang didiami mereka di Jalan Mawang Asan, Bukit Lan, di sini, musnah terbakar, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 6.07 petang.

Menurutnya, mereka turut dibantu lapan anggota dari BBP Sibu.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati api sedang marak memusnahkan struktur bangunan jenis tidak kekal itu.

"Pihak bomba difahamkan semasa kejadian, blok 1 rumah pekerja terbabit tidak berpenghuni, blok ke-2 dihuni dua keluarga manakala blok ke-3 dihuni lima keluarga.

"Kesemua mangsa terselamat dab kini menetap sementara di rumah sanak saudara berdekatan," katanya.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 January 2022 @ 2:22 PM