PENUMPANG diarahkan keluar dari bot, dan anggota bomba memeriksa enjin bot ekspres. FOTO Ihsan Bomba
PENUMPANG diarahkan keluar dari bot, dan anggota bomba memeriksa enjin bot ekspres. FOTO Ihsan Bomba
Garret Dawum


KEPULAN asap putih dari ekzos sebuah bot ekspres yang disedari seorang penumpang menyelamatkan 135 lain daripada menjadi mangsa kebakaran bot di Terminal Bot Ekspres Song, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song, Pegawai Bomba Kanan II Nasihin Jaum berkata, sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song bersama lima anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 11.55 pagi.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kesemua penumpang sudah keluar menyelamatkan diri selepas diarahkan oleh jurumudi bot ekspres terbabit.

“Kami hanya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan keadaan selamat dan operasi ditamatkan jam 12.53 tengahari,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bot ekspres itu dijadualkan memulakan perjalanan dari Song ke Sibu.

“Siasatan lanjut mendapati bot ekspres terbabit hanya mengeluarkan asap berlebihan dari ekzos disebabkan enjin tidak berfungsi dalam keadaan baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2019 @ 5:49 PM