Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media khas Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media khas Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak 135 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir, menjadikan kumulatif 2,212 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes membabitkan tiga jenis penyakit berjangkit iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), penyakit kulit dan 'acute gastroenteritis' (AGE).

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 102 kes ARI, 28 kes penyakit kulit dan lima AGE.

Bagi kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 465 kes dilaporkan termasuk empat kes baharu hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kes positif baharu dilaporkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menjadikan kekal 15 kes begitu juga tiada kluster baharu dilaporkan kekal satu kluster setakat ini.

Katanya, sebanyak 198 PPS membabitkan 14,093 mangsa yang terjejas banjir di tujuh negeri iaitu Johor (83), Pahang (48), Sabah (23), Melaka (22), Negeri Sembilan (18) dan Terengganu serta Selangor masing-masing dua.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 7:23 PM