Bangunan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di Shah Alam. FOTO IHSAN MAIS
Bangunan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di Shah Alam. FOTO IHSAN MAIS
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memberi kelonggaran pengecualian dan pengurangan sewa kepada 107 penyewa premis serta tanah Mais.

Pengecualian berkenaan membabitkan nilai keseluruhan sewa berjumlah RM1,123,545.90.

Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, itu diberikan kepada penyewa premis dan tanah Mais yang terkesan membabitkan peniaga runcit, peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) sepanjang Januari sehingga Ogos lalu berikutan penularan wabak Covid-19.

"Mais mengambil inisiatif dengan memberi bantuan pengecualian sewa kepada penyewa didapati terkesan terutama golongan B40, peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan, mereka yang dibuang kerja serta individu hilang punca pendapatan.

"Manakala pengurangan sewaan membabitkan potongan sewa 30 atau 50 peratus diberikan kepada penyewa yang terpilih berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

"Mais berharap pengecualian sewaan ini dapat meringankan beban mereka terutama peniaga IKS yang terjejas pendapatan akibat pelaksanaan PKP dan penularan wabak ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 November 2021 @ 2:07 PM