GELARAN Datuk kepada R Sri Sanjeevan ditarik balik kerajaan Pahang. FOTO arkib NSTP
GELARAN Datuk kepada R Sri Sanjeevan ditarik balik kerajaan Pahang. FOTO arkib NSTP
Asrol Awang


Kuantan: Kerajaan Pahang mengumumkan gelaran Datuk dikurniakan kepada R Sri Sanjeevan ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, penarikan itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.

"Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

"Ia selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang.

"Darjah Kebesaran ditarik balik ialah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk yang berkuat kuasa pada 24 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 September 2021 @ 4:42 PM