PELAJAR Xiamen University Malaysia (XMUM) memakai set pakaian pelindung diri (PPE) ketika menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA (Movenpick), Sepang. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Bernama

Kuala Lumpur: Sebanyak 37 peratus atau 12,079,978 populasi negara ini sudah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, seramai 17,806,570 orang sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 29,886,548 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 517,692 dos diberikan semalam dengan 180,810 adalah dos pertama manakala 336,882 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Ogos 2021 @ 9:29 AM