POLIS mengangkat mayat mangsa yang ditemui mati dengan kecederaan di kepala di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh, 1 Ogos lalu. FOTO ihsan pembaca
POLIS mengangkat mayat mangsa yang ditemui mati dengan kecederaan di kepala di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh, 1 Ogos lalu. FOTO ihsan pembaca
BERNAMA

Kota Bharu: Polis menahan empat individu dan sedang memburu seorang lagi bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat lelaki di halaman rumah di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh, 1 Ogos lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki yang diburu bernama Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 32, atau lebih dikenali sebagai Iwe Telosan.

Beliau berkata, keempat-empat lelaki berusia lingkungan 34 hingga 44 tahun ditahan berhampiran Pasir Puteh antara 4 hingga 10 Ogos lalu dan mereka mengaku berada di lokasi kejadian bersama dengan individu yang sedang diburu.

"Kempat-empat suspek berkenaan ditahan reman sehingga 17 Ogos ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran," katanya.

Shafien juga berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala disebabkan hentakan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh serta disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 4:42 PM