SUPERINTENDAN Shafa’aton Abu Bakar. FOTO arkib NSTP
SUPERINTENDAN Shafa’aton Abu Bakar. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Sungai Buloh: Guru pendidikan jasmani yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol tidak diambil tindakan lanjut oleh polis yang selesai menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.

Media 24 April lalu melaporkan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam, 17, mendakwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan terbabit.

Bagaimanapun, pelajar mendakwa guru lelaki itu bergurau dan mula bercakap lucah.

Malah kes itu tular di media sosial sehingga menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun pelajar terbabit berdepan tindakan saman RM1 juta selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab menerusi ciapan di Twitter berkata, keluarganya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 12:36 PM