Lokasi kejadian di tanah perkuburan di Jalan Parit 1, Chenderong Balai, Teluk Intan malam tadi. (Gambar kanan) Mangsa berada di dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.
Lokasi kejadian di tanah perkuburan di Jalan Parit 1, Chenderong Balai, Teluk Intan malam tadi. (Gambar kanan) Mangsa berada di dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.
Noor Hidayah Tanzizi

Teluk Intan: Lelaki cedera selepas dihempap pokok kelapa sawit di tanah perkuburan di Jalan Parit 1, Chenderong Balai di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika lelaki berusia 40 tahun itu sedang menguruskan pengebumian bayinya yang meninggal dunia selepas dilahirkan pramatang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.41 malam.

Menurutnya, setibanya di lokasi didapati seorang lelaki terbaring selepas cedera di pinggul akibat dihempap pokok sawit.

"Mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Pokok yang sudah reput itu dipercayai tumbang akibat dibakar sebelum menghempap mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 12:14 AM