ANTARA pekerja warga asing yang ditahan dalam serbuan di tiga premis di Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur, yang menjual dan menjahit pakaian seragam PDRM.
ANTARA pekerja warga asing yang ditahan dalam serbuan di tiga premis di Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur, yang menjual dan menjahit pakaian seragam PDRM.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Pasangan suami isteri antara tiga individu yang ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan di ibu negara kota ini dan Port Dickson, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis jabatan itu dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium di sini pada 5.49 petang.

"Hasil tangkapan itu, kami menahan dua lagi individu yang juga pasangan suami isteri masing-masing berusia antara 49 dan 40 tahun di sebuah rumah di Taman PD Seraya, Port Dickson.

"Hasil serbuan itu, kami merampas dadah jenis methamphetamine seberat 1.14 kilogram (kg), serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 4.70 kg dan pil ekstasi seberat 1.72 kg selain wang tunai RM515," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adnan berkata, siasatan lanjut yang dilakukan membawa kepada satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Seremban, Port Dickson dan menemui pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk memproses dadah.

"Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM424,388 itu boleh dibekalkan kepada 7,554 penagih.

"Siasatan yang dilakukan mendapati hotel berkenaan dimiliki oleh suspek wanita berkenaan, manakala rumah di Taman PD Seraya disewa oleh pasangan itu sejak enam bulan lalu dengan bayaran sewa RM1,500 sebulan.

"Dengan penahanan ini, kami berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi warga tempatan yang dikesan aktif selama tiga bulan di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap dua suspek lelaki didapati positif dadah methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau.

"Semua suspek direman selama tujuh hari bermula 21 Mei lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 4:04 PM