KAPTEN Sri Pahang, Fadhli Shas (kiri) berebut bola dengan kapten TFC, Safawi Rasid pada perlawanan pramusim di Stadium MPT, 28 April lalu. FOTO SRI PAHANG
KAPTEN Sri Pahang, Fadhli Shas (kiri) berebut bola dengan kapten TFC, Safawi Rasid pada perlawanan pramusim di Stadium MPT, 28 April lalu. FOTO SRI PAHANG
Asrol Awang


Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mahu anak buahnya memanfaatkan aksi persahabatan terakhir berdepan Putrajaya FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), esok.

Katanya, perlawanan itu sebagai persediaan menghadapi aksi pembukaan Liga Super menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di stadium sama, 11 Mei depan.

"Saya harap pemain dapat mempamerkan persembahan terbaik dan memperkasakan jentera serangan.

"Pada masa sama sokongan daripada bahagian tengah diperlukan untuk membantu memperkemaskan lagi pasukan.

"Jentera pertahanan dilihat lebih bersedia dan diharap mampu mengekang asakan lawan," kata bekas legenda bola sepak Singapura itu.

Pada masa sama, Fandi berterima kasih di atas sokongan peminat Tok Gajah apabila lebih 7,000 penyokong hadir pada aksi pramusim menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium MPT yang berkapasiti 10,000 orang, 28 April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2024 @ 6:57 PM