GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Cemar kawasan peranginan di sini, dengan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.

Itu tindakan 22 individu termasuk seorang wanita yang dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di beberapa lokasi di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek yang diberkas polis sejak 1 Januari lalu berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya merampas dadah jenis heroin dan syabu seberat 155.69 gram membabitkan nilai sebanyak RM7,508.

"Sebuah kereta Nissan Sentra dan tiga motosikal yang digunakan dalam aktiviti pengedaran dadah itu turut disita mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 Akta 340.

"Modus operandi suspek dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan di sekitar kawasan Linggi, Pasir Panjang, Telok Kemang dan Port Dickson," menurutnya semalam.

Aidi Sham berkata, semua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2024 @ 12:17 PM