TAN Sri Abdul Hamid Bador. FOTO arkib NSTP
TAN Sri Abdul Hamid Bador. FOTO arkib NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim


Jeli: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik gelaran Tan Sri dan Datuk Seri.

Sindiket berkenaan yang dikesan mempunyai rangkaian yang hebat, berselindung di sebalik perniagaan yang sah serta hidup mewah itu bagaimanapun sukar untuk mengaitkan mereka dengan kegiatan dadah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya akan pastikan sindiket berkenaan dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, jika selama ini, setiap kali rampasan besar mencecah jutaan ringgit, hanya individu bawahan sahaja diusik, sedangkan rangkaian utama yang berada diatas tidak terjejas.

"Walaupun status mereka bergelar Tan Sri dan Datuk Seri, sudah tiba masanya mereka dibawa ke muka pengadilan kerana sudah merosakkan ribuan rakyat Malaysia dengan kemasukan dadah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2021 @ 12:59 PM