DR ADHAM BABA
DR ADHAM BABA
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Pembayaran RM500 secara 'one-off' kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan akan mula dibayar bermula Mac ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tuntutan bagi bayaran berkenaan kini sudah boleh dibuat.

Katanya, pemberian itu layak diberikan kepada pegawai atau anggota barisan hadapan yang diarah dan terbabit sama secara langsung dalam melaksanakan tugas pengurusan wabak Covid-19 sebagaimana Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM dan Surat Edaran KSU KKM masing-masing pada 16 Mac dan 21 April lalu.

"Adalah diharapkan pemberian ini, dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan KKM dalam meneruskan perjuangan memerangi wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Adham berkata, pemberian itu menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) iaitu tambahan kepada Elaun Khas Covid-19 yang dibayar kepada petugas barisan hadapan yang layak.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2021 @ 6:54 PM