Adnan Ibrahim


Kluang: Satu prosedur operasi standard (SOP) rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura sedang dibincangkan antara Kementerian Luar kedua-dua negara.

Perbincangan itu bagi membolehkan orang ramai melakukan perjalanan atas dasar belas ihsan seperti menziarahi keluarga yang sakit.

Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, pada masa ini tiada SOP selaras berhubung dasar berkenaan.

HISHAMUDDIN (tiga dari kanan) menemui sebahagian mangsa yang terkandas perjalanan dari Mersing ke Kluang di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sembrong di Kluang. FOTO ADNAN IBRAHIM
HISHAMUDDIN (tiga dari kanan) menemui sebahagian mangsa yang terkandas perjalanan dari Mersing ke Kluang di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sembrong di Kluang. FOTO ADNAN IBRAHIM

"Kita anggap mereka ini sebagai 'compassionate groups', mereka yang hendak membuat lawatan kepada ibu, bapa atau keluarga yang sakit," katanya kepada media selepas melawat mangsa yang terkandas perjalanan akibat laluan di Jalan Kluang-Mersing terputus hubungan akibat ditenggelami air di pusat penempatan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sembrong, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini perjalanan atas dasar belas ihsan dibenarkan di mana sekiranya ada kes tertentu, orang ramai perlu membuat rayuan untuk merentas sempadan.

"Jadi sekarang ini, saya sedang bincang dengan Singapura supaya ada SOP yang selaras untuk kes sebegitu (belas ihsan)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 6:20 PM