Low Thiam Ann dikehendaki polis. Foto Ihsan PDRM
Low Thiam Ann dikehendaki polis. Foto Ihsan PDRM
Zaid Salim

Marang: Lelaki diburu polis bagi membantu siasatan berkaitan kes penyambungan elektrik secara haram dan khianat disyaki bagi tujuan perlombongan Bitcoin di daerah ini.

Low Thiam Ann, 42, dari Kampung Baru, Batu 11 di Cheras itu disyaki terbabit dalam kesalahan itu di sebuah premis kedai dua tingkat bersebelahan Pasar Awam Wakaf Tapai pada 10 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, lelaki berkenaan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun yang sama serta Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Menurutnya, orang ramai atau sesiapa yang mengenali suspek boleh menghubungi terus Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang Asisten Superintendan Mohd Najib Mohd Nizam ditalian 011-26472828 atau IPD Marang, 09-6182912 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2020 @ 11:36 PM