HAMPIR 100 peratus kakitangan dan pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang, yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini dan mencetuskan Kluster Sofi sudah pulih sepenuhnya. FOTO Arkib NSTP
HAMPIR 100 peratus kakitangan dan pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang, yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini dan mencetuskan Kluster Sofi sudah pulih sepenuhnya. FOTO Arkib NSTP
Mohd Amin Jalil

Seremban: Hampir 100 peratus kakitangan dan pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang, yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini dan mencetuskan Kluster Sofi sudah pulih sepenuhnya, kecuali seorang guru yang masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, di sini.

Pengerusi Pengelolanya, Abdullah Abdol Razak berkata, pelajar, guru dan warga kerja STIAS yang lain sudah sembuh dan dibenarkan keluar dari pusat kuarantin serta hospital.

"Hampir semua warga Sekolah Tinggi Islam As Sofa sudah pulih daripada pandemik Covid-19. Hanya seorang guru yang sedang menerima rawatan dan di HTJ.

"Kami mendoakan beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan segera sembuh seterusnya dapat meneruskan pengajian serta pembelajaran seperti sebelum ini," katanya, di sini hari ini.

Terdahulu, STIAS memaklumkan 99 warga sekolah itu disahkan negatif Covid-19 dalam ujian saringan kedua dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan discaj daripada Hospital Rembau serta HTJ.

Pihak sekolah juga sudah menjalankan proses sanitasi di bangunan dan seluruh kawasan sekolah sebelum dibuka semula kelak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2020 @ 2:01 PM