GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menutup sebahagian Tapak Penjaja Sementara (TPS) Taman Free School bermula hari ini.

Tapak penjaja yang ditutup selama 14 hari itu dijangka dibuka semula pada 27 November depan.

MBPP dalam kenyataannya berkata, penutupan itu dilakukan mengikut Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, Arahan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) itu membabitkan bahagian pasar pagi yang menempatkan 68 buah gerai.

"Ia dijangka dibuka semula pada tarikh berkenaan atau bergantung kepada pengumuman daripada JKNPP dari semasa ke semasa.

"Peniaga di kawasan yang terbabit juga sudah menjalani ujian saringan Covid-19," katanya di sini, hari ini.

TPS Taman Free School terdiri daripada bahagian pasar dan makanan yang menempatkan sebanyak 136 gerai aktif.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2020 @ 6:27 PM