MBPP rampas skuter elektrik ketike serbuan premis perniagaan. FOTO Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP
MBPP rampas skuter elektrik ketike serbuan premis perniagaan. FOTO Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP
BERNAMA

Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 25 skuter elektrik dalam serbuan di sebuah premis perniagaan yang dijalankan oleh lelaki warga Bangladesh, di sini, semalam.

MBPP dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini memaklumkan rampasan dilakukan oleh pihak Jabatan Pelesenan serta Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP yang menjalankan pemeriksaan terhadap perniagaan sewa skuter elektrik tanpa lesen.

"Semasa serbuan pada 11 malam itu, semakan turut mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen yang sah," menurut kenyataan itu.

MBPP memaklumkan akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan terhadap premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen terutama kenderaan mikromobiliti bagi menjaga keselamatan orang awam.

Sebelum ini, MBPP menasihati orang awam dan pengunjung di negeri ini supaya tidak menyewa serta menaiki skuter elektrik berikutan penggunaannya di jalan raya adalah dilarang.

Penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan menjadi kesalahan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2024 @ 1:35 PM